PANTUN TEKA-TEKI
BUAH-BUAHAN
Adik
kecil mukanya bersih,
Selepas
dimandi oleh bonda,
Kulitnya
hitam isinya putih,
Rasanya
manis seperti gula.
Jawapan : Manggis.
Kulitnya keras berduri
pula,
Bila dimakan enak sekali,
Bila masak kuning
warnanya,
Raja buah gelaran diberi
Jawapan : Durian
Pokoknya tinggi daun
melambai,
Kekadang terbiar tidak
berjaga,
Airnya dijual di merata
gerai,
Mujarab sebagai
penghilang dahaga.
Jawapan : Kelapa
Kulit dan isi seakan
nangka,
Sekali cuba tentulah
hendak,
Buah apa cuba la teka,
Digoreng panas rasanya
enak.
Jawapan : Cempedak
Selepas subuh pergi
ke kota,
Meraduk lumpur dan
juga paya,
Buah ini
mempunyai mahkota,
Badannya pula
dipenuhi mata.
Jawapan : Nanas.
Penulis muda sedang berkarya,
Suatu kisah di pagi raya,
Rambutnya lebat merah warnanya,
Isinya putih manis rasanya.
Jawapan : Rambutan.
Duduk termenung janganlah leka,
Kerja tak sudah membuang masa,
Apakah buah cubalah teka,
Namanya seperti batu permata.
Jawapan :
Delima.
Di tengah pasar beli rambutan,
Rambutan diikat lalu dijinjing,
Bersisik-sisik bukannya ikan,
Menyalak pula bukannya anjing.
Jawapan : Salak.
No comments:
Post a Comment