KUIZ

      


Baca petikan dibawah kemudian jawab soalan kefahaman berikut.

          Ini kebun buah-buahan datuk Anas. Datuk Anas, Pak Amin menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan di kebunnya. Antaranya pokok ciku, duku, durian, rambutan, langsat, cempedak, belimbing dan langsat. 
         Bila tiba musim buah-buahan, ramai orang berkunjung ke kebun Pak Amin untuk menikmati buah-buahan. Buah-buahan Pak Amin rasanya enak, lazat dan berkhasiat. Ada juga peniaga yang datang membeli buah-buahan Pak Amin.
          Pak Amin berasa sangat gembira apabila tiba musim buah-buahan kerana ramai orang berkunjung  ke kebunnya.


Jawab soalan-soalan di bawah ini.
1. Siapakah yang mempunyai kebun buah-buahan?
____________________________________________

2. Apakah pokok yang ditanam oleh Pak Amin?
____________________________________________

3. Apakah tujuan peniaga datang ke kebun Pak Amin?
____________________________________________

4. Bagaimana rasa buah-buahan itu?
____________________________________________


 KLIK DISINI UNTUK MEWARNA BUAH-BUAHAN ONLINE :)

No comments:

Post a Comment